Follow Us @soratemplates

PuspanitaJANM. Powered by Blogger.

Thursday, April 12, 2018

ALUAN PENGERUSI



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kerana melayari laman web rasmi PUSPANITA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan Rahmat dan izinNya,maka akhirnya PUSPANITA JANM  dapat mewujudkan laman web rasmi yang tersendiri oleh jawatan kuasa 2018.

Sebagai Pengerusi PUSPANITA JANM, saya berharap dengan adanya laman web ini dapat menyalurkan maklumat semua aktiviti dan program anjuran PUSPANITA serta diharapkan program-program tersebut dapat memberi kesan yang positif kepada semua ahli PUSPANITA JANM termasuklah cawangan di seluruh negara.

Akhir kata, selaku pengerusi, saya mewakili ahli PUSPANITA JANM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terimakasih kepada Datuk Akauntan Negara yang membenarkan pautan dibuat pada web rasmi JANM, maka dengan ini segala maklumat akan lebih dapat disampaikan secara menyeluruh.

Syabas dan tahniah,
Terima kasih.

Puan Siti Jawiah Binti Asri
Pengerusi PUSPANITA Jabatan Akauntan Negara
Cawangan Kementerian Kewangan
Putrajaya

No comments:

Post a Comment